Wednesday 15 January 2014

Coq Health Shaklee

Posted by Unknown at 05:11

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik tau.CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.Para penyelidik  percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :Serangan Penyakit JantungSatu kajian klinikal mendapati bahawa individu yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.Kegagalan JantungTerdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Individu yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah ia juga mungkin mempunyai tahap  CoQ10 yang rendah. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.Tekanan Darah TinggiBeberapa kajian klinikal yang melibatkan  beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk sebarang perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.Kolesterol TinggiMenurut kajian ,Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga  akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap yang lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.Diabetes Atau Kencing ManisPengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menstabilkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan yang baik kepada pesakit diabetes.Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDSMeningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelakiDigunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson

0 comments:

Post a Comment

 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting