Showing posts with label detox. Show all posts
Showing posts with label detox. Show all posts

Monday, 12 January 2015

ALFALFA SHAKLEE

Posted by Unknown at 00:21 0 comments

Alhamdulillah..segala syukur bagi Allah di atas segalanya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah..ameen ya rabb!!

Kita sudah pun melangkah ke tahun 2015. 

Ok, sebenarnya nak cerita pasal Alfalfa. Tambahan pula Alfalfa promosi bulan Januari ni. Buy 6 free 1. Memang murah la!! Saya pernah bercerita pasal Alfalfa ni dulu, tapi kali ni insyaAllah lagi detail la.

Jom kenali Alfalfa!!

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita.

Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6– membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur. 

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.




19 KEBAIKAN UTAMA ALFALFA SHAKLEE:

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

2. Melegakan sakit sendi dan belakang.

3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).

5. Merawat arthitis

6. Bagus untuk elergi dan ekzema

7. Merawat athma

8. Mencuci usus bagi membuang toksik

9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

10. Meneutralkan asid dalam badan

11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).

12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).

13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).

14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).

15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

16. Meningkatkan stamina seorang suami

17. Melegakan sembelit

18. Membuang angin dalam badan

19. Milk booster

Tuesday, 29 October 2013

Kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee

Posted by Unknown at 21:37 0 comments
Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai.. bukan itu sahaja, vitamin B-complex ni, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk weight gain dan supplemen kesuburan. banyak jugakkan kegunaan vitamin B-Complex ni..hehee..

Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
  • Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
  • Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
  • B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
  • Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
  • Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
  • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
  • Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.

Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga
  • Membantu penghadaman
  • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut
5. Baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
6. Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9. Detoksifikasi
  • meredakan alahan






Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
  • mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
  • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
  • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
  • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN
  • B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan



    I am shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID : 928402
    E-ta Ismail : 018-767 8084
 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting