Monday, 19 May 2014

Soalan Lazim Tentang ESP Shaklee

Posted by Unknown at 05:13
Salam sayang semua,Mesti ramai yang teringin nak minum ESP tapi takut or teragak-agak kan? Jangan risau, bagus ade fikiran camtu, sebab kita nak tau ape yang kita minum, yang kita makan, ia akan jadi darah daging kita kan.

Kat sini saya listkan soalan-soalan yang selalu customer tanya sebelum buat keputusan untuk consume ESP.


ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperisa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet. (sedap tau…)

Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja (dicampur dengan air kosong) atau dicampur dengan minuman kegemaran (susu kotak ker, jus buah ker), rasanya pun sedap 

Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum (shake lagi bagus sebab nanti tak berketul-ketul).

Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya (lebih kurang 2 jam).
Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan

Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu (saya minum 2 kali sehari selang waktu antara lunch n dinner).

Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna (kanak-kanak berumur satu tahun ke atas).

Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan

Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.

0 comments:

Post a Comment

 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting