Rawat Kanser Perut dengan Shaklee
KANSER PERUT MUDAH SERANG LELAKI
Ia disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan k ke perut tersumbat seterusnya menghalang pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.
Punca sebenar kanser perut masih belum dapat dikenal pasti. Namun terdapat beberapa kemungkinan berlakunya penyakit ini seperti:
- Kewujudan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit.
- Andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasapkan atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut.
- Faktor baka dan lindividu yang dikategorikan dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.
JENIS
• Polypoid carcinoma
• Fungating carcinoma
• Ulcerated carcinoma
• Diffusely infiltrative carcinoma
1. Peringkat awal
Kanser perut pada peringkat ini adalah kanser yang masih belum merebak ke lapisan otot (muskularis propia) di mana ia hanya berlaku pada permukaan perut (mukosa) atau submukoasa.
2. Kanser perut peringkat lanjut
Manakala kanser yang dikategorikan peringkat ini, apabila ia telah melepasi lapisan otot atau telah merebak pasa lain-lain anggota tubuh yang berhampirab atau yang lain.
GEJALA KLINIKAL
• Sakit pada abdomen
• Kemerosotan berat badan
• Muntah
• Asites (busung)
TANDA-TANDA FIZIKAL
• Ketulan pada hulu hati epigastrium
• Asites
- Memberi tanda seperti mata menjadi kuning (jaundis) kerana berlakunya penyumbatan saluran hempedu, nyeri tulang, gejala urat saraf yang disebabkan penyebaran ke otak dan selaput otak (meningitis), batuk dan sesak nafas kerana sel-sel kanser merebak ke paru-paru dan terdapat benjolan pada hulu hati di mana pesakit kelihatan pucat, biasanya pesakit ini berada di tahap serius.
• Amenia (kurang darah)
RAWATAN
Rawatan untuk kanser masih belum menunjukkan satu peningkatan kajian menunjukkan selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhan.
Ini disebabkan ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut. Namun, pembedahan merupakan rawatan terbaik untuk pesakit yang dikesan menghidap kanser di peringkat awal. Pesakit di peringkat lewat pula dirawat dengan kemoterapi dan menggunakan 5-Flourouracil atau kombinasi doxorubicin dan mitomycin. Ini kerana pesakit kanser perut di peringkat lewat, rawatan pembedahan tidak memberi sebarang kebaikan kerana sel-sel kanser telah merebak di seluruh tubuh.
KOMPLIKASI
• Pendarahan, muntah darah, najis berdarah
• Tersumbat kawasan perut
• Kebocoran perut
• Anemia (kurang darah)
• Kurang berat badan
• Bahagian perut yang telah dibuang mengakibatkan cirit-birit kerana kurang penghadaman makanan
• Kurang zat makanan
• PENGESAN AWAL
- Pastikan semua jenis kesakitan pada ulu hati atau perut mendapat penyelidikan rapai terutama pada pesakit yang berusia lebih 40 tahun.
• ENDOSKOPI
- Kaedah ini perlu dijalankan bagi mereka yang mempunyai sejarah muntah darah dan najis berdarah bagi memastikan punca pendarahan tersebut.
Cadangan Supplement yang boleh membantu:
Pencegahan awal adalah perlu bagi menjamin kehidupan yang baik dan berkualiti, dan pengambilan supplemen mungkin boleh membantu mencegah dan mengurangkan komplikasi kanser perut ini.
Pilihan ditangan anda, berfikirlah secara bijak dengan membuat keputusan yang bijak. Kesihatan adalah kekayaan yang kebanyakan orang tidak mengetahui. Hanya yang pernah kehilangan sahaja akan mengetahui betapa pentingnya nikmat kesihatan itu.
0 comments:
Post a Comment