Wednesday 14 August 2013

PERKONGSIAN UMUM DAN ILMU UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA BAKAL IBU/ IBU YANG BAKAL MELAHIRKAN

Posted by Unknown at 01:32


*GAMBAR EHSAN GOOGLE*Harap semua pihak dapat menerima dengan positif perkongsian bersama ini.

TEKNIK URUTAN PERIMEUM MENGGUNAKAN MINYAK KELAPA DARA (VCOA) TREENEA.

Apa itu Perineum?Perineum itu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur.

Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.






Teknik urutan perineum:

1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

*TIPS, anda juga boleh buat sedikit urutan atau bawa masuk Treenea VCOA (jenis liquid/cecair) dan doktor boleh gunakan sebagai pelincir/selusuh semulajadi sewaktu kelahiran. Insyallah, semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting