Thursday 17 January 2013

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG & DAN MANFAAT BAGI IBU YANG MENYUSUKAN?

Posted by Unknown at 00:33
Mesti ramai ibu  yang tertanya-tanya "VCO Softgel boleh ke di ambil untuk ibu-ibu hamil?" Jawapan nya BOLEH..
 
Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda.

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

PENGAMBILAN & PEMAKANAN MINYAK KELAPA DARA JUGA :
Membantu memudahkan mereka melahirkan anak DAN dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin. Selain itu anak yg bakal lahir juga memiliki kulit yang cantik & sihat.

 - Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Ibu hamil pasti nya cepat letih & lesu apabila menjalankan urusan harian bukan??? VCO dapat membantu mengekalkan tenaga dalam badan dan memberi kecergasan berpanjangan.



Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

0 comments:

Post a Comment

 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting