Tuesday 28 January 2014

SHAKLEE WEIGHT GAIN SET/SET BERAT BADAN SHAKLEE

Posted by Unknown at 20:36 0 comments
Shaklee Weight Gain Set / Set Tambah Berat Badan Shaklee,


MEAL SHAKES


HARGA RM113


Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.Berperisa vanilla yang sedap.


VITA-LEA IRON FORMULA

HARGA RM88 

Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin).Supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan Vita-Lea ini banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


B-COMPLEX

HARGA RM53

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.Mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Nak order dan dapatkan harga istimewa?? Jom hubungi saya di 

talian 018-767 8084
Noretah Ismail

Thursday 23 January 2014

SET RESDUNG SHAKLEE

Posted by Unknown at 01:59 0 comments
Apa itu RESDUNG
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


TANDA-TANDA RESDUNG
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
PUNCA RESDUNG
1 . ALAHAN
 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..
PETUA MENCEGAH RESDUNG
1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)
Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.
Amalkan petua ini
 Jika kawan-kawan  ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada
1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


Ramai kawan-kawan telah mencuba dan dapat rasa kesannya..Tidak mengecewakan..Kini , saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua kebaikannya...Kepada semua kawan-kawan yang diluar sana bolehlah mencubanya...

Jangan malu untuk bertanya jika terdapat apa-apa soalan..
Boleh berhubung dengansaya


E-ta Ismail 018-767 8084
SID : 928402

Saturday 18 January 2014

SENGGUGUT DAN VITAMIN SHAKLEE

Posted by Unknown at 19:45 0 comments
SENGGUGUT DAN PMS MENGHANTUI ANDA !!!

Setiap kali haid, anda mengalami senggugut yang TERUK? Jom ketahui apa yang sedang berlaku ke atas diri anda dan cara mengatasinya !!!

SUPPLEMEN CADANGAN SEMASA SENGGUGUT ::




Shaklee GLA Complex - mengandungi minyak borage, vitamin e dan juga minyak biji bunga matahari. Ia diformulasi dengan kaedah mudah diserap. Ia dapat menstabilkan hormon, membantu mengurangkan simptom PMS dan juga bagus utk wanita yang mengalami simptom menopause. Wanita yang mengalami masalah senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

Shaklee OsteMatrix - Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium dalam tubuh akan mulai menurun yang menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom seperti kekejangan dan rasa bisa-bisa. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan dan simptom-simptom lain.

Shaklee B-Complex - telah terbukti menghasilkan kesan terbaik keatas senggugut. Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia diperlukan oleh kelenjar adrenal. Vitamin B juga membantu meringankan tekanan, mencegah anemia dan ianya diperlukan utk semua fungsi tubuh.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan tawaran pakej2 menarik khas buat anda.

Shaklee ID : 928402
E-ta Ismail 018-767 8084

Thursday 16 January 2014

SET DIET SHAKLEE & BAKAR,BUANG & BINA

Posted by Unknown at 00:03 0 comments


3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee:

LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK


Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN


Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu 


Anda ingin mencuba? Hubungi saya untuk info lanjut & dapatkan konsultasi percuma selepas membuat pembelian dari saya.Jika ada masalah bajet saya ada penyelesaiannya!





Wednesday 15 January 2014

Coq Health Shaklee

Posted by Unknown at 05:11 0 comments

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik tau.CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.Para penyelidik  percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :Serangan Penyakit JantungSatu kajian klinikal mendapati bahawa individu yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.Kegagalan JantungTerdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Individu yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah ia juga mungkin mempunyai tahap  CoQ10 yang rendah. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.Tekanan Darah TinggiBeberapa kajian klinikal yang melibatkan  beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk sebarang perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.Kolesterol TinggiMenurut kajian ,Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga  akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap yang lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.Diabetes Atau Kencing ManisPengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menstabilkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan yang baik kepada pesakit diabetes.Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDSMeningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelakiDigunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson

Herblax untuk siapa?

Posted by Unknown at 00:36 0 comments

Selamat petang semua.Hari ni nak bercerita tentang herblax shaklee.siapa yang patut mengamalkannya..

Buasir sesuatu yg menyakitkan dan ia berpunca dari banyak faktor, antaranya kekurangan air dan serat.Ramai yang membuat andaian bahawa herb lax adalah supplement untuk mereka yg ada masalah pembuangan.Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa HerbLax adalah sebagai makanan tambahan yang membantu membersihkan usus.

Perlukah supplement ini?
Ada sesetengah pendapat malah dari golongan doktor sendiri mengesyorkan pengambilan Herblax sebelum memulakan  mana-mana program kesihatan Shaklee terutama yang melibatkan program pengurusan berat badan, program menjaga kesihatan jantung, antioksidan dan banyak lagi.Ini kerana HerbLax berfungsi membantu pembersihan usus dengan lebih efisien. Apabila masalah pembuangan dapat dilakukan dengan lancar, penyerapan vitamin juga akan lebih lancar.
Kami sendiri mengamalkan pengambilan HerbLax pada hujung minggu shj. Ditambah ia bagus untuk membersihkan usus selepas seminggu mengamalkan bermacam makanan. Memang dapat rasa perut kempis dan merasakan badan lebih ringan selepas mengamalkan HerLax.
Ia bukanlah julap yg boleh menyebabkan cirit birit, namun apabila mengamalkannya, pastikan minum air sekurang2nya 1 liter sebelum tidur. Tanda kekurangan air selepas pengambilan HerbLax akan mendapati pembuangan tidak lancar dan menjadi kerap serta perut seolah2 meragam.

Jika anda serius nak dapatkan penyerapan vitamin secara optimum, boleh amalkan HerbLax secara mingguan sekurang2nya. Nak amalkan harian pun boleh, memadai 2-3 biji sebelum tidur dgn air yg mencukupi.

Untuk maklumat lanjut dan pesanan, hubungi saya

Tuesday 14 January 2014

Set kecantikan Shaklee untuk kulit cantik berseri

Posted by Unknown at 17:44 0 comments
Salam bahagia semuanya

Gembira sangat hati melihatkan testimonial yang sangat mengujakan ini! Alhamdulillah, pengguna Set Kecantikan dari Jaringan Kami memberi respon yang sangat POSITIF setelah menggunakan Set D untuk Kecantikan yang mengandungi vitamin semulajadi Shaklee. Mari kita ikuti feedback yang diberikan:


Wajihah Rashid
Salam semua :)

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)


Testimonial Set Kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee

Set kecantikan Shaklee, atau Set D terdiri daripada Vitamin C, B kompleks dan Vitamin E. Setiap satu supplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain.

  • Vitamin C : penting untuk pengikatan kolagen
  • B Kompleks : B untuk "beauty", membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria
  • Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf

Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak yang setiap hari, insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil seperti kisah benar di atas. Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan.

* Juga anda boleh baca tentang GLA kompleks dan Kolagen yang sememangnya bagus untuk kesihatan kulit dan ia tergolong dalam rangkaian supplement kecantikan Shaklee :)
Hubungi saya utk pesanan & semestinya saya akan tawarkan harga yg lebih menarik!!

Thursday 9 January 2014

BAHAYA MIGRAIN

Posted by Unknown at 20:09 0 comments

Anda Sering Sakit Kepala? Sakit Kepala mengganggu Fokus anda?

Perlu kita tahu ada beberapa jenis Sakit Kepala
Jom ikuti sedutan Majalah Rapi 15 Januari 2013 Bahagian Fokus Sihat.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine : 
  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
 

B Complex




Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
Semoga Post ini membantu rakan-rakan E-ta yang sering mengadu sakit kepala akibat Migrain. Set Migrain ini boleh didapati dengan harga kurang daripada RM100. Sebotol B-Complex Shaklee tahan sehingga 4 bulan! Hubungi E-ta untuk maklumat lanjut.

Saturday 4 January 2014

CAROTOMAX SHAKLEE UNTUK PARUT BERLUBANG & RABUN

Posted by Unknown at 20:50 0 comments

[Carotomax] Rabun Mata dan Parut Berlubang Hilang dengan Carotomax Shaklee

Dulu sewaktu kecil-kecil, mak saya selalu pesan makan lobak, nanti mata dan kulit cantik. Sekarang pun saya guna cara yang sama untuk pujuk anak-anak saya makan lobak. Lobak mengandungi beta-carotene, sumber Vitamin A, dan secara umumnya Vitamin A berfungsi untuk membantu penglihatan, pertumbuhan dan memperbaiki tisu serta menjaga kecantikan kulit dan rambut.

Shaklee juga mempunyai Vitamin A, dikenali sebagai Carotomax.

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene,astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apa itu Carotenoids? 
Carotenoids adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran seperti oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, tomato, bayam, kentang dan lain-lain sayuran.
Cara terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid tersebut adalah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

Fungsi dan Kebaikan Carotenoid
♥Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas.
♥Sumber Vitamin A terbaik
♥Meningkatkan sistem imunisasi
♥Membetulkan fungsi organ tubuh
♥Mencegah kanser
♥Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
♥Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
♥Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
♥Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
♥Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
♥Membina semula sel-sel yang rosak.
♥Melindungi dari rabun malam.
♥Menjaga kesihatan mata.
♥Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
♥Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda Kekurangan
¤ Masalaah jerawat
¤ Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
¤ Tumbesaran terencat
¤ Masalah tidur dan insomnia
¤ Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
¤ Masalah rabun malam.

Apa yang Membezakan Carotomax Shaklee Dengan yang Lain 
=====================================

Vitamin A terdiri dari 2 jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A (yang dikenali sebagai carotenoids - the safe way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. Perlu diingatkan, Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia merupakan salah 1 vitamin larut lemak dan jika diambil dalam dos belebihan, ia akan tersimpan disalam organ-organ dalaman kita terutama hati. Ianya boleh menjadi toksin sekiranya diambil berlebihan.
Carotomax Shaklee berbeza dari lain kerana ia dalam bentuk Provitamin A yang mana HANYA diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksin seterusnya membahayakan kesihatan. 

Testimoni Carotomax"

muka saya ni dulu berlubang2 gak, selepas ambil Alhamdulillah dah berkurang.. then saya ni rabun.. skunk tiada lagi spec untuk saya..."" dulu kalau nak drive memang kena pakai spec, belajar kat u dulu pun dalam kelas kena pakai.. skunk.. saya drive tak payah pun ada spec. masa 1st botol pengambilan dah ada perasan ..."

Rimas pakai spek. Rasa tak cun pakai spek sebab tudung kembang?Risau power spek makin bertambah? Cubala Carotomax. Kulit pun makin cantik tau, InsyaAllah :)

Thursday 2 January 2014

20 KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE

Posted by Unknown at 00:57 0 comments
20 KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE UMPAMA KEDAI FARMASI

Assalamualaikum dan selamat petang..rasa happy hari ni walaupun kerja menimbun nak siapkan di office.Promo January 2014 adalah ALFALFA SHAKLEE...sapa xsuka kan sebab alfalfa adalah father of vitamin..terlalu banyak kebaikan & khasiat Alfalfa SHaklee ni..xnak cerita banyak,jom study kebaikan Alfalfa Shaklee ni.

Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. 

Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.Kenapa saya katakan Alfalfa umpama kedai farmasi?
Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral    
*Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.     
*Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. *Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapanprotien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah
20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
Xtau cara nak order? Hubungi ita di

BASIC H - BAHAN PENCUCI,UBAT DEMAM

Posted by Unknown at 00:29 0 comments

Anda tahu tak yang Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... cube kire dah brape tahun dah.. hmm..________________________________

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.____________________________

Tapi yang paling menjadikannya laris minggu ini kerana sekarang ni
musim demam.. mak manalah yg tak risau.. termasuklah saya..Cth mudah, bila anak kecil saya kene high fever,alih2 panas pukul 3-4pagi, terkulat2 saya dok tuam satu badan dia.. tuam dgn rendaman air Basic H.. esok dah kebah.. mmgla dlm 1-2hari gak dia layu dedar2.. tapi pendek kata.. takyah kasi ubat2 yg kaler pink tu.. cuma bila anak demam ni..kene sabar sikit lah tak tidur mlm tuam satu bdn dia... Basic H mmg best.. mmg kene standby ala ala first aid kat rumah.. or bile2 travel boleh isi dlm botol yg 50-90ml tu. sbb serbaguna kan...bwk kemana sahaja.

Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada.. memanglah sekarang ni ada mcm2 pencuci serbaguna tapi....

Tahukah anda.????
kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H.. anda selamat.Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda.

nnt saya share pula testimoni mereka yang guna Basic H ni utk halau semut, kutu kat rambut,nyamuk, ruam2.....sebab serangga amat bencikan Basic H..hehe

Wednesday 1 January 2014

CARA BANCUH MEAL SHAKE SHAKLEE

Posted by Unknown at 02:49 0 comments

Cara Pengambilan Meal Shakes Shaklee

Salam petang,Pada entri saya yang lepas saya ade kongsi serba sedikit tentang Meal Shakes Shaklee. Kali nie saya nak tambah lagi sket, nak cerita pulak pasal cara pengambilan Meal Shakes nie.

Sebelum tu, saya review sket la ye pasal Meal Shakes nie. 
◆ rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
◆ sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
◆ sesuai untuk seisi keluarga
◆ boleh menjadi instant sahur meal/breakfast sekeluarga 
◆ rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
◆ Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
◆ memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
◆ mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
◆ meningkatkan selera makan anak
◆ jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
◆ pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan suplemen berbentuk "tablet"
◆ menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
◆ untuk kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Cara Pengambilan Meal Shakes Shaklee
→Dewasa : 2 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain.

→Kanak-kanak (1-6 tahun) : 1 sudu besar Meal Shakes boleh campur dalam susu atau minuman lain.

Cara Bancuhan
Bancuh dengan air biasa/jus/milo/campur dalam susu formula anak, tak perlu air panas dikhuatiri akan merosakkan vitamin di dalamnya.  

Kebanyakan ibu-ibu bagi Meal Shakes nie pada anak-anak yang memilih makan (picky eater) atau persediaan untuk berpuasa (diambil bersama ESP dan/atau Performance Drink).

 

Healthy & Beauty by Eta Ismail Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting